Bayern Munich berdepan dengan masalah apabila mereka hanya ada 14 pemain pasukan utama sahaja yang cergas. Ianya selepas Leon Goretzka menjadi pemain terbaru dalam senarai kecederaan.

Goretzka dilaporkan mengalami kecederaan patah tulang jari dan akan berehat untuk beberapa perlawanan. Kecederaan itu berlaku ketika aksi menentang Mainz pada Ahad.

Tuchel mengakui dia risau dengan kecederaan Goretzka dan berharap pemain itu tidak mengalami kecederaan terlalu serius.

Goretzka sudah pun menjalani pembedahan untuk merawat tulangnya.

Bayern benar benar bergelut untuk mendapatkan skuad dengan pemain yang cergas sepenuhnya musim ini. Bayern ketika ini berada di kedudukan ketiga di belakang Leverkusen dan Stuttgart.

Krisis kecederaan Bayern

Bayern berterusan dilanda krisis kecederaan musim ini. Di mana sebelum ini mereka hampir sahaja mendapatkan semula bekas pemain pertahanan mereka, Jerome Boateng secara percuma.

Ianya berikutan 3 pemain bek tengah mereka cedera untuk satu masa yang sama. Idea itu ditentang peminat Bayern. Kerana Boateng pernah dikaitkan dengan kes pukul perempuan.

Bayern mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tak jadi mendapatkan Boateng kerana Kim Min Jae dan juga Matthijs De Ligt kembali cergas.

Namun  BILD melaporkan alasan sebenar mereka tidak mendapatkan Boateng selepas mereka menyedari kecaman teruk diterima mereka di media sosial.

Boateng sendiri mengakui dia terkejut Bayern membatalkan rundingan pada saat saat akhir. Pemain itu dibenarkan untuk terus berlatih di Sabener Strasse bersama dengan skuad utama.